Yuk…… Kenali Kurma Kesukaanmu

Suka makan kurma? kurma adalah salah satu juadah yang paling popular menjelang ramadhan. Sebenarnya terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia. Berikut adalah 10 jenis kurma yang popular.

1. Kurma Nabi/ Ajwa

Kurma ini hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma payorit Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak”. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.Khasiat kurma “Ajwah” sepertimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri dengan tangan mulia Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat jika dikaji dari sudut sains, antaranya vitamin A, kalsium dan zat besi yang tinggi.

2. Kurma Sekki

kurma sekki

Kurma Sekki ini memepunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.

3. Kurma Barhi

kurma barhi

Kurma barhi yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.

4. Kurma Kholas

kurma kholas

Kurma kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.

5. Kurma Khidri

kurma khidri

Kurma Khidri berwarna merah maron gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.

6. Kurma Mactoumi

kurma machtoumi

Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak keriput dan kenyal tetapi rasanya manis.

7. Kurma Sokari

kurma sokari

Kurma sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.

8. Kurma Siraj

kurma siraj

Kurma siraj berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.

9. Kurma Majol

kurma majol

Kurma majol berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.

10. Kurma Monief

kurma munief

Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.

Sumber :
trymasak.com
http://haqeema.wordpress.com/2012/02/11/10-jenis-kurma-popular-yang-perlu-dikenali/

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s